ainrahman シ ~ ainrahman: Praktikal
My friends know me, be my friend and know me.. Simple as that!!!

Praktikal


Haaa, sememangnya makin jarang lah blog ni berfungsi kn? bizi campur malas darabkan dengan tenet yg slow,,hehe
diam tak diam aku dah nak habis praktikal dah, rasa kejap je kan..? spanjang aku praktikal kt utm ni, kerap jugak aku join aktiviti kt situ, mcm2 lah, kat situ banyak buat aktiviti untuk student international, so dapat lah aku join.. oke lah kan, kerja kat situ memang banyak, sesekali dapat release tnsion secara free oke jugak kn. balik pada tarikh 8 or 9 bulan yg lepas, terpikir2 jugak aku apa aku nak buat bila praktikal nanti? aku kena buat apa? apa skop kerja aku nanti? ye lah, kecoh kot senior2 yg dah lepas praktikal suma ckap dorang kena buatkan boss kopi lah, jadi tea lady lah, jadi pencuci tandas pon ada, sebabnya memang dah xd kerja untuk dorang.. so kita pon dah set kat mind yg suma tempat praktikal sama je perangai.. Then bila turn aku dah sampai, hambik kooO, tak menang tangan nak buat kerja, memang betol2 banyak kerja, umpanya kat mana2 je kau jalan or kau lalu, kerja sedang menanti kau.. tuh yang kengkadang balik kerja je aku lepak habis. rasa macam energy suma sonok lari dari aku. pena jugaklah time balik tuh aku ilang fokus masa bawak moto, sebabnya aku pon tak tau lah, hahaha
Oke balik pada student international, siyesly mereka ni teramat sangatlah talkative, kalau dah bagi chance bercakap, jangan harap lah kau dapat lari, kau kena dengar jugak dorang bercerita, kalau tak, mana-mana je kau pergi dorang akan ikot selagi cita dorang tak habis,,haaa dah lah aku rasa seperti seekor ayam yg masuk kandang kambing, dia tak paham bahasa aku, aku pon tak paham bahasa dia, main angguk2 geleng2 jelah,. tapi seronok berbual dengan dorang, dorang banyak cerita, banyak idea, dorang pon sebenarnya suka merapu macam kita ni haa..
Dan sepanjang aku praktikal ni, aku merupakan seorang wanita rempit yang tidak berdaftar di atas jalan raya, haha sekarang aku dah pandai skit2 cilok2 celah2 kreta ni, konon berani tapi dalam hati umpama gempa bumi dah, cuak gak beb..haha dan dua tiga kali jugaklah sampai rumah lencun2 kena hujan, dia punya rasa sejuk time bawak motor tuh rasanya dah tak payah aku pergi london, dia punya sejuk tahap gaban ahhh..

Just to share ^_^

0 Pendapat:

Post a Comment

 
Copyright © . Dihasilkan sepenuhnya dari titik peluh ainRAhman