ainrahman シ ~ ainrahman
My friends know me, be my friend and know me.. Simple as that!!!

Best twin ever!


Terima kasih sahabat for always be my good listener whenever I need ur ears, alway be my side whenever I need ur shoulders, always remind me in everything!
N big thanks for be my twin ever! Love u!


-A friend is one who overlook ur broken fence and admires the flower in ur garden-


Just to share ^_^

Terima kasih untuk 3 tahun bermakna


Lama jari xmenari atas keyboard mencurah isi hati yang tertunggak :)

Kisahnya bermula disini..............

Pada suatu ketika dahulu, di atas katil main golek-golek, aku dapat call dari nombor yang tak kenal. Rupanya pihak politeknik mersing call bagi tahu aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat diploma kat sana. Encik tu cakap pihak poli dah inform kat email lama dah, tapi biasalah, time tu guna broadband yang 65 hinggit, so laju pun setaraf siput dan aku pun xrajin lah nak cek email. Nak dijadikan cerita Encik tu cakap tarikh daftar lagi 2 hari dan aku kena sedia kan dokumen-dokumen dan bla bla bla bla yang kena ada pengesahan tok ketua kampung lah, guru besar lah macam-macam lah. Cuba fikir dalam masa 2 hari nak kena prepare dokumen, barang-barang nak bawak kesana lagi, nak buat surat berhenti kerja lagi sebab time tuh aku kerja kat panasonic, agak-agak sempat ke? Disebabkan terkezuutttt dan nervous, aku pon decide nak tolak tawaran tu. Tapi aku apply lagi sekali kat upu, sambil tiup-tiup skrin lappy tuh sebab aku xnak lah dapat kat politeknik mersing lagi, sebab dekat sangat. Aku berangan nak dapat tempat jejauh, nak merantau, dapat kat PD ke, Melaka ke, Kelantan ke, yang penting bukan Johor :) After 4, 5 bulan lepas tragedi tuh, surat panggilan daftar pun sampai dan yang buat aku hampanya surat dari Politeknik Mersing juga, hahaha rasa nak gelak guling-guling masa tu. Cakap kat kengkawan yang aku dapat kat Politeknik Mersing, dorang dok gelak, dorang tanya kat Mersing ada Poli ke? aku angkat bahu je lah, tapi dalam hati dok fikir jugak, kalau dorang kata kat Mersing tak ada Poli, tawaran yang aku dapat tu tipu ke? aku kena game ke? tapi aku try search page fb Politeknik Mersing, ada juga kawan-kawan sekolah aku kat situ, so aku xkena tipu lah kan.

Setibanya hari pendaftaran yang ditunggu-tunggu, tak terperasan dah dua kali rupanya lalu dekat Poli tuh, betul-betul xperasan yang tuh lah tempat yang dituju, sebabnya dalam angan-angan si jenin aku ni aku dah terbayang yang poli tu besar, ada gate, ada pondok jaga bangunan besar-besar, ada dewan besar-besar. Tapi..... terus terdiam ternganga aku kat depan poli tuh, hahaha yang ada depan mata cuma premis kecik cenonet jek, aku macam xpercaya, haha dalam hati * tak kan lah aku nak belajar kat kedai kecik ni -_- ........ rupanya buat sementara jek, poli sebenar masih dalam proses, dapatlah aku merasa belajar kat kedai tuh yang sekarang dah jadi kedai baju, pusat karaoke, hotel dan macam-macam lagi lah.

Lain yang di mohon, lain yang aku dapat, lain yang aku angan kan, lain yang ada depan mata....
Tapi itulah hakikatnya... Alhamdulillah dah 3 tahun aku belajar dan insyallah kalau aku lulus final exam hari tuh maka berakhirlah perjuangan aku selama 3 tahun kat poli tuh. Banyak kenangan yang tercipta kat sana, dengan kawan-kawan, dengan seorang pencuri hati, dengan pensyarah-pensyarah, dengan junior-junior, dengan semua oranglah. Terlalu banyak.

Dan hari ini baru aku sedar hikmah aku tolak tawaran panggilan pertama. Sebab aku dipertemukan dengan classmate, roomate, housemate yang awesome ! ! !
3 tahun lamanya kami bersama, 3 tahun banyak ceritanya, 3 tahun banyak sukanya, 3 tahun banyak dukanya, 3 tahun banyak terima benci, 3 tahun yang menjadi tempoh perkenalan kita.

 Arabian Night with PA, try to find our PA, lecturer yang keik molek Puan Zati


Pre graduation night, back to school theme, sesuai dengan class kita yang tersedia nakal, semua dok berebut nak dress up macam budak nakal

awak orang memang the best among the best n hope our friendship lasting forever till Jannah

G--DOUBLE 'O'--D--J--O--B    Good Job ! Good Job ! Good Job !

Sayang korang, Moga ketemu lagi
K bye



Just to share ^_^

Good bye semester 5


Alhamdulillah, good bye semester 5, welcome to "holiday". Just tunggu result final test keluar je nanti. Oke excited, nebes senebes nebes nye. Sementara tunggu result kelua, kita berholiday di Resort Tanjung Piai Pontian Johor lagi beberapa hari, holiday ke? haha holiday sambil berkerja kot, semoga dipermudahkan urusan di sana nanti, haaa dekat rumah lagi dah terfikir, "nanti kat sana nak kawan dengan siapa? nak makan apa? boleh ke buat kerja? ahhh segan lah, macam mana ni?" ni lah aku, kalot sentiasa, confident level yang langsung tak hade, nyampah. Tunggu je lah hari nya tiba nanti, yang dok pikiaq sekarang dah kenapa. Haish, bila difikir-fikir semula, macam malas nak pergi kerja kat sana, nanti rindu kat si baby Faris ni haaa, baru jek jumpa, dah nak berjauh semula, haaa xnak xnak, tapi bila difikir-fikir lagi, digali-gali lagi hotak ni kan, "weyh kalau tak kerja, dari mana nak dapat duit? canne nak bayar yuran semester depan woii?!" -_- oke, kena kerja jugak' xkan nak harapkan duit ayah? cukuplah dulu masa sekolah dah beriban ribun dok harap duit ayah, umpama duit turun dari langit, tak paya usaha dapat jek duit. Tapi sekarang cerita dia dah lain, dah besar dah kan? ingat senang-senang nak dapat duit cam dulu? nak mintak pon dah segan, bila dihulur pon segan dah nak hambik.. haish bila lah boleh balas semua tuh kan? mungkin tak terbalas banyak nya.

Wassalam

Just to share ^_^

Praktikal


Haaa, sememangnya makin jarang lah blog ni berfungsi kn? bizi campur malas darabkan dengan tenet yg slow,,hehe
diam tak diam aku dah nak habis praktikal dah, rasa kejap je kan..? spanjang aku praktikal kt utm ni, kerap jugak aku join aktiviti kt situ, mcm2 lah, kat situ banyak buat aktiviti untuk student international, so dapat lah aku join.. oke lah kan, kerja kat situ memang banyak, sesekali dapat release tnsion secara free oke jugak kn. balik pada tarikh 8 or 9 bulan yg lepas, terpikir2 jugak aku apa aku nak buat bila praktikal nanti? aku kena buat apa? apa skop kerja aku nanti? ye lah, kecoh kot senior2 yg dah lepas praktikal suma ckap dorang kena buatkan boss kopi lah, jadi tea lady lah, jadi pencuci tandas pon ada, sebabnya memang dah xd kerja untuk dorang.. so kita pon dah set kat mind yg suma tempat praktikal sama je perangai.. Then bila turn aku dah sampai, hambik kooO, tak menang tangan nak buat kerja, memang betol2 banyak kerja, umpanya kat mana2 je kau jalan or kau lalu, kerja sedang menanti kau.. tuh yang kengkadang balik kerja je aku lepak habis. rasa macam energy suma sonok lari dari aku. pena jugaklah time balik tuh aku ilang fokus masa bawak moto, sebabnya aku pon tak tau lah, hahaha
Oke balik pada student international, siyesly mereka ni teramat sangatlah talkative, kalau dah bagi chance bercakap, jangan harap lah kau dapat lari, kau kena dengar jugak dorang bercerita, kalau tak, mana-mana je kau pergi dorang akan ikot selagi cita dorang tak habis,,haaa dah lah aku rasa seperti seekor ayam yg masuk kandang kambing, dia tak paham bahasa aku, aku pon tak paham bahasa dia, main angguk2 geleng2 jelah,. tapi seronok berbual dengan dorang, dorang banyak cerita, banyak idea, dorang pon sebenarnya suka merapu macam kita ni haa..
Dan sepanjang aku praktikal ni, aku merupakan seorang wanita rempit yang tidak berdaftar di atas jalan raya, haha sekarang aku dah pandai skit2 cilok2 celah2 kreta ni, konon berani tapi dalam hati umpama gempa bumi dah, cuak gak beb..haha dan dua tiga kali jugaklah sampai rumah lencun2 kena hujan, dia punya rasa sejuk time bawak motor tuh rasanya dah tak payah aku pergi london, dia punya sejuk tahap gaban ahhh..

Just to share ^_^

 
Copyright © . Dihasilkan sepenuhnya dari titik peluh ainRAhman